Thursday, October 25, 2007

Contoh Bagaimana Memesan TopUp Prepaid Melalui SMS

Katakan Pelanggan ingin memesan Pin TopUp Celcom Sebanyak RM30 (No. handphone pelanggan ialah 0134567891)

Pelanggan akan membayar RM30 kepada ejen.

Ejen Prepaid akan hantar SMS kepada sistem komputer MyMode seperti berikut (Contoh: No. pin ejen ialah 1234)
1234 C30 1 TO 0134567891

Sistem Komputer MyMode akan menghantar Pin TopUp melalui SMS kepada Pelanggan (0134567891)

Sistem Komputer MyMode juga akan memberitahu ejen melalui SMS yang Pin TopUp telah dihantar

Tuesday, August 01, 2006

Bagaimana Perniagaan Prepaid Melalui SMS Dijalankan?

Ramai yang kurang faham bagaimana perniagaan ini dilakukan. Disini saya buat perbandingan antara perniagaan prepaid biasa dan perniagaan prepaid melalui SMS.

Perniagaan Prepaid Cara Biasa
Pekedai membeli prepaid dari pembekal prepaid.
Pembeli membayar pada pekedai dengan wang tunai.
Pekedai memberikan kad prepaid pada pembeli.
Pembeli akan menggunakan pin yang ada pada prepaid kad tersebut untuk topup.

Perniagaan Prepaid Cara SMS
Agent prepaid SMS memindahkan wang kedalam akaun perniagaan agent pada pembekal prepaid melalui ATM.
Pembeli membayar pada agent dengan wang tunai.
Agent akan SMS pada Pembekal Prepaid untuk dapatkan pin.
Pin akan dihantar oleh Pembekal Prepaid menggunakan SMS kepada pembeli dan juga Agent mengenai transaksi tersebut.
Pembekal Prepaid akan menolak kos prepaid tersebut dari akaun perniagaan Agent.
Pembeli akan menggunakan pin yang diterima melalui SMS untuk topup.

Pembekal Prepaid menerima dan menghantar SMS menggunakan sistem komputer, jadi jual beli boleh dilakukan secara automatik 24 jam.

Untung atau komisen dari jualan prepaid ini akan dimasukkan kedalam akaun perniagaan Agent.

Agent boleh gunakan wang yang ada dalam akaun perniagaan untuk pesan pin berikutnya guna SMS. Jika Agent inginkan wang tunai, Agent boleh memindahkan wang dari akaun perniagaan kembali ke akaun bank melalui SMS.

Friday, July 28, 2006

Kenapa Perniagaan Ini Paling Sesuai Untuk Semua Orang di Malaysia?

Melalui syarikat yang saya sertai ini kita boleh mendapat keuntungan hanya dengan melakukan salah satu dari aktiviti ini: Mengguna, Menjual dan Menaja. Jadi anda boleh promosikan kepada sesiapa sahaja walaupun prospek tersebut menggunakan handphone percuma dari syarikat atau pengguna postpaid. (Untuk makluman, saya menggunakan perkhidmatan postpaid 013 yang mana kos panggilan diberi subsidi oleh syarikat saya bekerja)

1) Menjadi Pengguna
Jika anda memang pengguna prepaid, anda boleh mendapat keuntungan runcit dari setiap pembelian atau topup prepaid yang dilakukan. Anda boleh topup untuk diri anda sendiri dan keluarga. Oleh kerana yuran keahlian hanya dikenakan sekali sahaja ia akan memberikan keuntungan atau penjimatan jika anda aktif menggunakanya.

2) Menjadi Penjual
Anda boleh menjual prepaid 24 jam sehari dan dimana sahaja asalkan anda boleh hantar SMS. Lebih banyak menjual lebih banyak keuntungan yang diperolehi.

3) Menjadi Penaja
Oleh kerana saya pengguna postpaid, aktiviti saya lebih tertumpu kepada menaja dan menjual (kurang lah sedikit untung runcit). Cara-cara membuat promosi ada diberikan dalam starterkit secara percuma setelah anda menjadi ahli berbayar melalui kumpulan kami.

Kesimpulannya:
Kepada yang tidak suka menjual dan menaja cukuplah hanya menjadi pengguna.
Jika nak mendapat untung lebih lakukan kesemua aktiviti di atas.